Salam Kamunting,
Anak - anak adalah kurniaan dan nikmat yang tiada terperikan. Ia bagaikan nyawa yang disambung - sambungkan untuk merentas masa di dunia ini. Ia menyambung dan meneruskan harapan, cita - cita dan perjuangan setiap kita. Tiadalah yang lebih menggembirakan selain melihat segala harapan yang tinggi menjadi kenyataan.
Justeru anak - anak yang soleh dan berjaya adalah kurniaan agung untuk hamba - hambaNya yang soleh. Para anbiya’ menikmati kurniaan ini di tangga yang pertama ( lihat Aali Imran: 34 ). Mereka dikurniakan zuriat yang sebahagiannya juga telah dilantik menjadi al rasul yang menyambung tugas mereka melakar cita - cita dakwah dan tauhid.
Anak - anak juga adalah amanah. Kerana setiap manusia adalah terbeban dan tergadai dengan tanggung jawab masing - masing. Kerana setiap manusia terikat dengan hasil usahanya sendiri di dunia ini. Maka melorongkan anak - anak yang masih kecil dan mentah itu menjadi tanggung jawab dan amanah ke atas setiap kita yang tiada terperikan juga.
Mendidik anak - anak adalah kewajiban yang besar. Kerana tugas besar seorang al rasul, tugas mendidik mereka sedari kecil disandang sendiri oleh Allah daripada ibu bapa mereka ( lihat Taha:39-41 ). Maka bayangkan bagaimana setiap anak terlalu terkesan dan terbekas atas acuan pendidikan yang mereka terima. Jika baik, baiklah mereka. Jika gagal, gagallah mereka. Kita menentukan mati hidup mereka di dunia ini.
Ia adalah amanah yang sukar dan berat untuk ditanggung. Namun ia juga adalah kurniaan dan nikmat yang tiada terperikan.
Mari medidik anak - anak. Biar mereka tumbuh sesegarnya, lalu kemudiannya berbuah selebatnya dan dinikmati sesedapnya.
Mendidik tentunya sukar. Tetapi ia dimudahkan dengan qudwah dan petunjuk di hadapan daripada ar Rasul sallaLlahu alaihi wa sallam sendiri. Kemudian para sahabat dan mereka yang telah berjaya daripada kalangan hamba - hambaNya yang soleh. Pastinya, jika anda mengabaikan qudwah dan petunjuk ini, lalu meredah jalan sendiri, atau membiarkan mereka terheret ke laluan yang serong, anda sememangnya menempa kesusahan dan malapetaka yang besar.
Saya banyak juga dilontarkan persoalan berkaitan buku mana yang sesuai untuk menjadi rujukan mendidik anak-anak.
Saya sebenarnya cuba mengumpulkan sebanyak mungkin buku rujukan berkaitan dengan pendidikan anak-anak untuk dikongsi bersama pembaca semua.
Minggu lepas saya telah membeli buku bertajuk “Didik Anak Cara Rasulullah SAW” yang telah diterjemahkan daripada bahasa arab.
Bukunya berharga sekitar RM40.00 sahaja.
Selain itu juga buku “Anakku Hebat Anakku Soleh” juga sepatutnya dibeli oleh ibubapa.
Ini kerana buku ini menggunakan pendekatan terkini untuk mendidik anak-anak alaf 21.
Sekian buat kali ini.
Editor Anakkusoleh
Itulah realiti hari ini.
Ibubapa kini memerlukan ilmu-ilmu Islam yang cukup mantap dan tersusun.
Ibubapa juga perlu mengetahui cabaran-cabaran dan juga perkara yang boleh mempengaruhi sikap anak-anak.
Kini dunia teknologi yang begitu memberangsangkan, menyebabkan anak-anak kita terdedah kepada unsur-unsur yang menyeleweng daripada garis panduang Islam.
Hari ini saya sempat membaca satu tajuk berita di harian metro online iaitu PEROGOL SIBER.
Saya tergamam seketika.
Aduhai zaman ini.
Adakah anda tidak takut dengan situasi ini?
Sudah tentu ya.
Namun, kita sebagai seorang muslim apa yang diharapkan agar pendidikan ISLAM yang kita terapkan kepada anak-anak kita akan menjamin kelangsungan kehidupan mereka dalam keredhaan ALLAH SWT.
Moga anak-anak, saudara-saudara kita dan kaum muslimin selamat dari fitnah ini.
Salam Pendidikan
EDITOR http://anakkusoleh.1com.my
45000 SHAH ALAM
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 26-03-2009
Pihak Pengurusan AnakkuSoleh berbesar hati sekiranya anda mempunyai pandangan dan cadangan untuk memajukan lagi anakkusoleh website ini.
Sebarang cadangan dan pandangan boleh ditulis dalam ruangan komen ini.
Editor
Anakkusoleh
Shah Alam
Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 26-03-2009
WEB INI MASIH DALAM SELENGGARAAN.
INSYAALLAH AKAN TAMPIL DENGAN LEBIH CERIA.
EDITOR ANAKKUSOLEH.
