Cawangan anakkusoleh di http://anakkusoleh.wordpress.com & http://anakkusoleh.blogspot.com
Assalamualaikumwarahmatullah
Tanggal 29 Rabiuawal 1430 bersamaan 26 Mac 2009, saya telah mendaftarkanakkusoleh menggunakan domain anakkusoleh.1com.my.
Ini merupakan satu pencapaian baru untuk melebarluaskan peranan anakkusoleh di persada lama maya ini.
Sukacitanya, editor membuka peluang kepada mana-mana pembaca yang berminat untuk menjadi penulis rencana di sini dengan menghantar email kepada al_amin1982@yahoo.com.
Catitan dari cawangan pertama anakkusoleh
Tanggal 3 Dzulhijjah 1428 bersamaan 13 Disember 2007, saya mendapat satu idea untuk menghasilkan satu tapak blog untuk tujuan perkongsian pintar dengan semua pembaca budiman khususnya yang sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata. Tidak dapat dinafikan lagi, pada hari ini permasalahan sosial di kalangan Ummat Islam merebak berleluasa tanpa kawalan.
Situasi ini memerlukan satu panduan yang berkesan kepada setiap ibubapa yang ingin mempastikan anak-anak mereka selamat dalam naungan Islam. Blog ini akan cuba memaparkan panduan-panduan pendidikan anak-anak dari sumber buku-buku, majalah-majalah, pengalaman ibubapa berjaya dan perkongsian pintar daripada semua pembaca blog ini.
Selain itu juga saya cuba memudahkan pembaca semua untuk mendapatkan link terus kepada laman-laman web yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak khususnya mengikut acuan Islam. Jika anda juga mempunyai maklumat berkaitan laman-laman tersebut, silalah berkongsi dalam blog ini.
Segala pengalaman pendidikan anak-anak yang ada bolehlah dikongsikan dalam blog ini. Semoga dengan tips-tips yang dikongsikan dalam blog ini dapat membantu ibubapa dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang sholeh.
Sila hantarkan sebarang maklumat berkaitan pengalaman anda sendiri, daripada majalah, petikan, buku-buku ke al_amin1982@yahoo.com untuk perkongsian.

