-
Soal Jawab 2
Posted on November 25th, 2009 No commentsUya Afsup
assalamualaikum saudara aminchehassan. Saya mempunyai 2 orang cahaya mata. Seorang lelaki berusia 13 thn dan perempuan berusia 6 thn. Setakat ini anak lelaki saya tidak penah tinggal solat 5 waktu tetapi masalah yang saya hadapi beliau susah untuk mendengar nasihat dari saya malah bila saya memberi sesuatu arahan pada beliau selalu lupa dan tak ingat. Suka mengusik adiknya yg berusia 6 thn dan suka bergaduh dan kadang-kadang membuat saya cepat marah dan tanpa sedar saya mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap anak-anak saya. Kemudia saya berasa menyesal kerana sebagai seorang ibu tak sepatutnya saya mengeluarkan kata-kata yang buruk kepada anak-anak saya. Saya ingin meminta pendapat saudara apakah cara yang sesuai atau ada tips yang berguna untuk saya menegur anak-anak saya dan mereka mudah mendengar kata ayah dan ibu seperti saya ini.
Sekian terima kasih
wasalamWaalaikumussalam saudara/I yang bertanya,
1. Pertamanya tahniah kepada anda kerana dikurniakan dua cahaya mata oleh Allah SWT.
2. Saya bukanlah yang terbaik untuk menjawab pertanyaan saudara/I yang bertanya.
3. Namun, sebagai perkongsian saya akan cuba memberi pandangan dan cadangan agar kita sama-sama cuba praktikkan.
4. Masalah yang dihadapi oleh saudara/I adalah masalah kebanyakkan ibubapa hari ini.
5. Daripada persoalan saudara/I di atas saya membuat beberapa kesimpulan.
6. Pertama : Masalah yang hadir daripada anak anda
7. Kedua : Masalah yang diri sendiri sebagai ibubapa
8. Anak sulung anda mungkin menunjukkan sikap sedemikian rupa kerana beberapa faktor. Antaranya ialah ingin menarik perhatian lebih daripada ibubapa atau wujud beberapa persepsi negatif dalam mindanya tentang ayah, ibu dan adiknya atau ada masalah yang membelenggu dirinya ataupun beberapa factor yang lain.
9. Melihat kepada persoalan anda di atas, berkemungkinan besar anak sulung anda ingin menarik perhatian anda walaupun dalam bentuk dia dimarahi.
10. Saya amat bangga kerana anda telah berjaya mendidik anak sehingga dia boleh istiqomah mendirikan solat fardhu. Itu menunjukkan hatinya lembut untuk taat kepada Allah SWT.
11. Nasihat yang baik adalah nasihat yang diberikan dengan penuh keikhlasan dan memilih waktu, tempat, masa yang tepat. Contohnya : selepas solat fardhu berjemaah di rumah. Anda boleh gunakan peluang tersebut untuk menegur bukan menghukum.
12. Arahan yang diberikan ada baiknya diberikan dalam bentuk mohon pertolongan. Contoh bentuk arahan : Along, belikan bawang kat kedai sana tu. Cepat ya! . Contoh bentuk minta pertolongan: Along, tolong ibu belikan bawang kat kedai sana tu. Nanti ibu nak guna bawang tu untuk makan tengahari kita nanti. Anak sulung anda mungkin tidak suka berbentuk arahan.
13. Petua melembutkan hati anak ialah dengan berdoa, dan jadikan praktis dengan mencium dahi anak setiap malam selepas dia tidur dengan penuh kasih sayang. Boleh juga bercakap-cakap dengannya seperti, Along, ibu amat sayangkan Along. Ibu doakan Along jadi anak yang soleh dan anak yang pintar!!! Ucapkanlah apa2 yang positif. InsyaAllah…
14. Awasilah makanan anak anda! Elakkan makanan yang tidak halal dan makanan segera/rapu seperti snek & sebagainya. Makanan antara punca anak-anak kita degil dan susah mendengar nasihat.
15. Sebagai ibupapa kita hendaklah biasakan keluarkan perkataan yang baik terhadap anak-anak walaupun dalam keadaan marah. Seperti. “Along, Allah SWT tak suka orang yang usik adiknya!”. “Along, Allah SWT suka kalau Along buat baik kat adik!”.
16. Akhirnya saya harap sedikit perkonngsian ini memberi sedikit sebanyak tips kepada anda. Satu lagi, jangan lupa untuk memberi hadiah kepada anak anda bila ada perubahan dalam dirinya sebagai tanda anda suka akan sikapnya itu.Wallahu’alam.
Alhamdulillah
Leave a reply



Recent Comments