• Soal-jawab

    Posted on November 25th, 2009 admin No comments

    Hawa

    Assalamulaikum saudara Amin

    saya sudah mempunyai 2 org cahaya mata. yang pertama perempuan berusia 2 thn & yg kedua berumur 6 bulan.

    masalah yg saya hadapi ialah kerenah anak yg sulung yang selalu inginkan perhatian yg lebih dr adiknya. setiap kali bila saya bersama dgn anak kedua saya, kakaknya pasti merengek/ buat hal yg mendtgkan kan kemarahan saya. Dan ada satu masa sampai sanggup memukul adiknya.

    Saya & suami cuba bcakap dgn lembut tp kakaknya tidak mengendahkan kata2 kami. Bila cuba keluarkan kata2 kasar juga tidak diendahkan juga.

    Ibu mertua saya pula suka menyebelahi anak sya yg pertama dari yg kedua.

    Cara apakah dan bagaimanakan yang saya buat bagi membuatkan anak sya mendengar kata2 saya itu.

    sekian wasalam


    Waalaikumussalam,
    Kepada Sdri Hawa,
    Sebagaimana jawapan saya sebelum ini, saya bukanlah yang paling baik untuk menjawab persoalan ini. Persoalan anda hampir sama dengan persoalan pelawat weblog ini. Sila rujuk kepada jawapan saya yang lepas. Selain itu, anda dan suami mesti mencari waktu yang sesuai untuk memberi ‘lebih’ sedikit perhatian kepada anak yang pertama. Misalnya dengan memberi beberapa hadiah berbentuk mainan & sebagainya tanpa kehadiran anak kedua. Tindakan ini bukan bermakna anda mengabaikan yang kedua. Sebaliknya perhatian 100% untuk melihat apakah yang diperlukan oleh anak yang pertama. Walaupun usianya baru mencecah usia 2 tahun, namun kerana dia begitu mengharapkan perhatian dari anda berdua. Cuba bercakap-cakap dengannya dan lihat reaksinya. Selebihnya, kita sebagai ibubapa mestilah sentiasa berdoa dan terus berdoa. Cubalah kawal kemarahan kita sedaya upaya supaya tidak keluar perkataan-perkataan yang kesat kepada anak kita. Kerana kata itu juga mempengaruhi diri anak. Untuk ibu mertua, saya cadangkan cubalah berkongsi hati ke hati dengannya. Luahkan masalah anda dan kongsikanlah tips2 dengan ibu mertua anda kerana dia ada pengalaman. Satu lagi, cubalah memberi minum anak dengan air zam-zam dan berdoa agar hati anak-anak kita lembut dan boleh mendengar nasihat kita.Diharap dapat membantu sedikit sebanyak.

    Cuba kita sama-sama praktikkan amalan ini. Klik http://anakkusoleh.wordpress.com/2008/04/15/jadikan-anak-pintar-dengan-izin-allah/#comment-108

    Ketua Editor AnakkuSoleh.

    Leave a reply