Silibus Pendidikan Anak-Anak

0

Posted by admin | Posted in Uncategorized | Posted on 06-05-2009

Tags:

Pembinaan Akhlak

 

Asas pertama               :           Adab (Sopan-santun)

Asas kedua                  :           Jujur

Asas ketiga                   :           Menjaga rahsia

Asas Keemapat            :           Amanah

Asas Kelima                 :           Lapang dada dan tidak dengki

 

Pembinaan Perasaan

 

Asas pertama               :           Kucupan dan kasih sayag kepada anak

Asas kedua                  :           Bermain dan bercanda dengan anak

Asas ketiga                   :           Memberi hadiah dan saguhati kepada anak

Asas Keempat              :           Membelai kepala anak

Asas kelima                  :           Menyambut anak dengan baik

Asas keenam                :           Mengambil tahu keadaan anak dan menanyakannya

Asas ketujuh                 :           Perhatian dan jagaan khusus kepada anak perempuan dan

anak yatim

Asas kelapan                :           Seimbang(adil)  dalam memberikan kecintaan kepada

anak tanpa berlebihan dan pengabaian. 

 

Pembinaan Keilmuan dan Pemikiran

 

Asas pertama               :           Menanamkan kecintaan kepada ilmu dan adab-adabnya

kepada anak.

Asas kedua                  :           Memberikan tugas menghafaz sebahagian dari ayat-ayat al-

Quran dan hadith.

Asas Ketiga                  :           Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak

Asas keempat               :           Mengajarkan bahasa arab kepada anak

Asas Kelima                 :           Mengajarkan bahasa asing kepada anak

Asas keenam                :           Membimbing anak sesuai dengan kecenderungan ilmiahnya

Asas Ketujuh                :           Perpustakaan Rumah dan pengaruhnya bagi pembinaan

keilmuan anak.

Asas kelapan                :           Kisah para ulama salafus soleh dalam menuntut ilmu kecil

 

Pembinaan Dorongan Syahwat

 

Asas pertama               :           Anak harus minta izin bila hendak masuk ke bilik Ibubapa

Asas kedua                  :           Membiasakan anak agar menundukkan pandangan dan

memelihara aurat.

Asas ketiga                   :           Memisahkan tempat tidur anak dengan saudaranya.

Asas Keempat              :           Tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak tidur

telungkup

Asas Kelima                 :           menjauhkan anak dari bergaul dengan lawan jenis

Asasa Keenam             :           Anak mulai dewasa harus belajar kewajipan-kewajipan

mandi dan sunah-sunahnya.

Asas Ketujuh                :           Menjelaskan bahagian awal surah an-nur kepada anak yang

mulai dewasa

Asas Kelapan               :           Pendidikan seks bagi anak yang sudah dewasa dan

melarang berbuat kekejian (zina).

Asas Kesembilan          :           Pernikahan awal

 

 

Kaedah-kaedah mendidik anak menurut nabi saw

Asas-asas kaedah yang harus dipengangi oleh kedua ibubapa dan para pendidik

1. Keteladan yang baik

2. Waktu yang tepat memberikan bimbingan

3. Bersikap adil dan sama terhadap sesama anak.

4. Memenuhi hak-hak anak

5. Mendoakan anak

6. Membelikan alat permainan untuk anak

7. Membantu anak untuk berbuat baik dan patuh.

8. Menjauhi banyak mencela.

 

Asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap pemikiran anak

  1. Membawakan kisah
  2. Bercakap secara langsung
  3. Bercakap kepada anak sesuai mengikut kemampuan akalnya.
  4. Perbincangan yang dingin
  5. Kaedah pengalaman praktis
  6. Mengajarkan keperibadian nabi untuk diteladani.

Tidurlah Sayang

0

Posted by admin | Posted in Tips | Posted on 06-05-2009

Tags:

fscn0593

“Tadi masa Abi dengan Ummi balik dari kedai, kami nampak biawak melintas jalan” saya mengomel.

“Biawak itu apa?” tanya Naurah.

“Biawak itu macam cicak tetapi lebih besar. Macam buaya tetapi badan lebih licin” jawab saya.

“Eee, gelinya” kata Naurah lagi.

“Biawak suka makan apa?” saya menambah soalan.

“Makan apa, Abi?” Saiful Islam bertanya.

“Makan ayamlah. Biawak suka makan ayam. Kalau ayam hilang, sama ada biawak atau pun ular sawa yang makan” saya menambah lagi.

“Tapi Yop pun suka makan ayam!” kata Saiful Islam.

“Bagus kalau suka makan ayam. Banyak khasiat. Tapi kalau makan banyak sangat, nanti berebut dengan biawak dan ular sawa. Allah jadikan manusia makan ayam, makan sayur, makan ikan, makan roti. Tak bolehlah makan ayam sahaja seperti biawak” saya mengusik.

Belum sempat soalan saya itu dijawab, anak-anak sudah terlelap. Jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Saya menjenguk pula Imad yang sudah lebih awal tidur di bilik.

Ummu Saif bertugas shif malam hingga ke pagi esok. Malam ini giliran saya untuk menjaga anak-anak di rumah.

BELAJAR DARI PENGALAMAN

Semasa bermastautin di negara Barat, ada banyak perkara yang saya perhati dan kemudiannya menjadi pelajaran buat diri. Saya selalu berasa teruja apabila berinteraksi dengan anak-anak Irisih yang datang berkunjung ke masjid. Ramai dari kalangan mereka mempunyai budi bahasa yang baik dan tertib semasa masuk ke masjid. Hingga terdetik di hati saya, bagaimanakah cara ibu bapa mereka mendidik anak-anak ini?

Saya yakin, tidak ada cacat dan kurangnya pada Islam. Tetapi mengapa sebagai Muslim, ada kalanya budi bahasa dan ketertiban diri anak-anak itu sukar untuk dicari?

Tanpa Islam, bagaimana mereka mendidik anak-anak dengan nilai yang murni?

Ada sesuatu di sana.

bedtime-story

Sebagaimana ibu bapa kita tidak bertolak ansur dalam memastikan anak-anak mereka belajar bersolat, begitu jugalah komitmen ibu bapa mereka yang tidak bertolak ansur dalam memastikan anak-anak DITEMAN KE TIDUR DENGAN CERITA.

Biar sesibuk mana sekali pun ibu dan bapa, salah seorang akan memastikan anak-anak diteman ke pertiduran mereka dengan cerita. Malah jika kedua-dua tidak dapat melakukannya sendiri, baby sitter yang diupah juga dipesankan perkara yang sama.

MINTA DITEMAN UNTUK AMAN

Read the rest of this entry »