
“Muhammad ‘Izzul Islam: Permata Kesayangan Ayah dan Ibu”
As-Sarawaki, 17 Jamadits Tsani 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah ‘Azza Wajalla, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Alhamdulillah, sebenarnya saya baru sahaja menghabiskan 13 hari bercuti dari kerja pejabat (11 hari Gawai Bridging Holidays dan ditambah 2 hari cuti In-Lieu) bermula dari 30 Mei – 9 Jun 2009. Alhamdulillah, pada 29 Mei – 1 Jun, Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi kekuatan menyumbang khidmat menjayakan Kem Remaja Islam Sarawak 2009 di Miri, 1-2 Jun bermusafir ke Kuching dan singgah bermahabbah di Sibu, 3-6 Jun di Kuala Lumpur dan 7-9 Jun meluangkan masa bermesra bersama keluarga mertua di Kuching.
Sesungguhnya rehat juga adalah penting dalam kerjaya supaya semua ketegangan (stress) akan hilang dan sekaligus membina kekuatan dalaman diri agar kembali segar (fresh), mencetus idea-idea bernas yang lebih hebat dan mampu untuk mencorak strategi unggul sebelum kembali berkhidmat di pejabat atau sebelum ‘turun padang’ bertemu masyarakat. Isteri saya sudah memaklumkan (baca: complaint) betapa jarangnya kami ada masa berhujung minggu bersama dek kerana terlibat dengan pelbagai program! Maka minggu yang sudah tibalah saatnya untuk mengambil ruang waktu merehatkan minda dan melupakan segala perkara yang berkaitan dengan ‘business’ dan profession buat seketika.. Lebih utama, meluangkan masa bermakna semaksimum mungkin bersama keluarga tercinta!
Kelahiran Muhammad ‘Izzul Islam pada 14 September 2008
Muhammad ‘Izzul Islam… 8 Jun 2009 - 6 hari lagi 9 bulan!
Alhamdulillah, tengah malam semalam selamat tiba di Miri setelah memandu seorang diri (isteri dan anak tersayang masih di Kuching menghabiskan cuti sekolah) merentas Sarawak dari Kuching ke Miri melalui bahagian Samarahan-Sri Aman-Betong-Sarikei-Sibu-Bintulu yang mengambil masa lebih 12 jam dan merentas lebih 830 kilometer perjalanan. Luasnya Bumi Kenyalang!
Sarawak Tanahairku.. Negeriku Tanah Tumpahnya Darahku!
Realiti Semasa – Perkongsian Rasa
Isteri saya seorang kaunselor sekolah. Saya meski seorang jurutera, alhamdulillah berpeluang bertemu masyarakat khususnya belia, remaja dan pelajar sekolah dalam program-program Yayasan AMAL Malaysia dan Task Force Kecemerlangan Miri, serta sekaligus berinteraksi secara terus dengan mereka dalam (belajar) memahami psikologi, sudut pandang, romantika dan trend muda-mudi masa kini. Seringkali kami diketemukan dengan anak-anak muda yang mengadu kebosanan dan kebencian, melampiaskan kekecewaan berbaur nada kemarahan, berkongsi kerunsingan dan pantas memohon nasihat menyelesaikan rencam masalah yang mendilemma di dalam diri dan mengoyak sanubari. Percayakah kalian sekiranya kami nyatakan bahawa kebanyakan masalah muda-mudi yang kami maklumi ini berpunca daripada ketempangan hubungan rumahtangga ibubapa dan cacamarbanya institusi keluarga? Ya, bahkan inilah realitinya! Rumahku Syurgaku menjadi impian semua, namun malangnya dek kerana suasana Rumahku Nerakaku menjadi realiti yang dihadapi sehari-hari, maka natijah akhirnya ia mengharu-birukan pembentukan keluarga Islami… Bahkan menghancurkan pembinaan generasi mendatang!
Keluarga Bahagia Impian Setiap Insan
Melalui entri kali ini, saya ingin berkongsi dan mungkin mendapatkan input dari tetamu ziarah yang beriman dan budiman sekalian mengenai topik membentuk Keluarga Islami yang dipenuhi sakinah, mawaddah wa rahmah. Sesuai dengan tajuk entri ini: “Pembentukan Keluarga Islami Dan Pendidikan Anak”, alangkah baiknya sekiranya input-input berkaitan dapat kita kongsikan bersama dalam memperkasa habluminannas (hubungan sesama manusia) dalam keluarga ke arah membina kehidupan yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sungguh, keluarga bahagia adalah impian setiap insan dan semua orang!
Ayat-ayat Cinta Dari Al-Qur’an dan As-Sunnah
Awwalan, pertamanya marilah kita melihat neraca Al-Qur’an dan As-Sunnah dalam menilai perkara ini. Sesungguhnya teori-teori manusia yang sehebat manapun dalam memperihalkan hal kerukunan rumahtangga pasti akan ada cacat-celanya. Akan tetapi suluhan Al-Qur’an dan asas kehidupan yang dicontohkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pasti lengkap sempurna lagi benar sahih.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dengan penuh kasih sayang di dalam Al-Qur’anul Kariim:
“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”” (Surah Al-Furqan, ayat 74).
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, ayat 6).
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberikan nasihat dan pelajaran kepada orang yang hendak berkeluarga dengan bersabda:
“Dapatkan wanita yang beragama, (jika tidak) nescaya engkau merugi!” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga mengangkat keutamaan anak soleh dengan sabdanya:
“Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, atau anak soleh yang mendo’akannya.” (HR. Muslim, dari Abu Hurairah).
Aku Sedang Belajar Membentuk Keluarga Islami
Khutbah Jumaat: Impian Umar Terhadap Anakmu

Sidang Jumaat rahimakumullaah,
Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”
Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”
‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”
Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”
Benar.
Semoga Allah mencucurkan redha dan rahmat-Nya kepada ‘Umar. Beliau sesungguhnya tahu apakah sebenarnya tunggak sebuah tamadun, bagaimana misi yang besar boleh Berjaya dan bagaimanakah ummah yang mati boleh dibangkitkan semula.
Walaupun sebuah negara dengan wawasannya memerlukan sumber untuk berjaya, mereka terlebih dahulu memerlukan manusia yang merancang dan menguruskan sumber-sumber itu. Malah di antara segala keperluan sebuah negara, keperluan tertinggi ialah pada lelaki-lelaki sejati, tunggak ummah berdiri.
Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya lelaki-lelaki tulen itu amat sukar untuk dicari, sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata. Kerana itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:
![]()
“Lelaki berkualiti seperti unta hanya satu dalyang mampu menanggung beban yang berat untuk perjalanan yang panjang, kamu sukar untuk menemuinya sebagai satu dalam seratus” [Hadith riwayat al-Bukhari]
Sejarah membuktikannya.
Catatan-catatan hebat di sepanjang sejarah itu berlaku bukan ketika umat bertemu permata berharga yang tidak pernah ditemui sebelumnya. Tetapi umat akan mencapai kegemilangan seiringian dengan kemunculan manusia-manusia hebat seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih pembebas Constantinople.
Impian ‘Umar al-Khattab itu adalah sebenar-benar impian yang juga diimpikan oleh lelaki tulen yang hebat sepertinya.
Mendidik Anak Ilmu Kebal
“Dalam banyak-banyak ilmu, rasa antalah, ilmu apa yang paling anta ambil berat untuk diajar kepada anak-anak?” tanya seorang sahabat.
Soalan itu adalah lanjutan daripada tanda-tanya beliau mengapa saya agak kurang menulis tentang keibubapaan kebelakangan ini. Saya sedang melalui saat-saat yang sukar untuk belajar dan mengajar, kerana cabaran anak-anak terus berubah dengan cepat dari semasa ke semasa.
“Ilmu kebal!” jawab saya.
“Ilmu kebal? Ilmu mandi minyak ke?” tanya beliau lagi.
“Bukan. Ilmu kebal jahiliyyah. Ilmu ikan tidak masin di laut” saya menyambung lagi.
Kami ketawa.
“Oh, itu rupanya. Dimensi lain seni mempertahankan diri,” ujar beliau.
PEMANGSA MAKIN MENGGILA
Saya hilang kata memikirkan tentang keselamatan anak-anak sekarang. Pelbagai kes jenayah adakalanya menyebabkan kita jadi berlebih-lebihan dalam memberikan pelindungan kepada anak-anak. Hingga tidak boleh hilang di pandangan mata, biar pun seketika.
Mahu sahaja saya pakaikan anak dengan baju besi, menyiapkannya dengan bom C4 untuk dilontar kepada penjenayah-penjenayah tidak berhati perut yang menggila tanpa mengira usia mangsanya.
Tetapi kerisauan saya lagi, adalah tentang pemangsa yang abstrak.
Pemangsa yang tidak kelihatan, ia muncul dalam bentuk budaya, pemikiran, nilai, cara berfikir, yang semua itu adalah komponen-komponen aqidah yang menjadi akar umbi kepada jati diri seorang anak, ibu dan bapa bernama MUSLIM.
Ritual atau persoalan-persoalan berkaitan Fardhu ‘Ain tidak lagi boleh dijadikan ukuran bahawa si anak sudah menerima nafkah spiritual daripada ibu bapanya. Sembahyang lima waktu, doa setiap waktu, hafal rukun ini dan hafal rukun itu, semua itu penting dan pengajarannya perlu berterusan. Tetapi anak-anak harus cepat difahamkan tentang hakikat, semua itu adalah proses. Bukan matlamat akhir.
Agar jangan nanti hati terkilan mendengar kisah seorang gadis yang bertudung, bersolat dan hafal surah Yasin, murtad kerana cinta!
Bukan andaian.
Tetapi latar belakang individu murtad seperti Aisyah Bukhari dan Hartina pada era 90?an lalu, menunjukkan hal yang demikian. Biar pun kes murtad mereka masih diselubungi pelbagai tanda tanya, sekurang-sekurangnya kita tahu mereka berdua bukanlah miskin didikan agama. Khatam Quran berkali-kali, dan cukup serba serbi dalam amalan Fardhu ‘ain mereka, belum berjaya berfungsi sebagai ILMU KEBAL yang saya maksudkan.
Inilah hujah paling penting mengapa kita tidak boleh bergantung dan berpuas hati dengan silibus sekolah, sama ada silibus agama di sekolah biasa, mahu pun silibus agama di sekolah agama. Ada banyak perkara yang perlu diubah suai oleh guru agung anak-anak ini, iaitu ibu bapa mereka, dalam kehidupan seharian di rumah.
PANDUAN MEMBUAT KEPUTUSAN DAN PILIHAN
Buntunya Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

Ini kelemahan terbesar saya.
Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran.
Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku murid darjah 3 semasa saya di darjah 1. Saya belajar sesuka hati, dan itulah cara belajar saya untuk keputusan-keputusan peperiksaan saya di sepanjang zaman persekolahan.
Sungguh serabut, untuk mendesak, mendesak dan terus mendesak si anak duduk mengulangkaji pelajaran. Saya boleh menjawab soalan andai ada yang anak-anak tidak tahu, mengajar mereka beberapa perkara yang mungkin mereka terlepas pandang daripada kelas di sekolah. Tetapi saya tertekan untuk mendapati anak-anak saya tidak tahu apa-apa, kebingungan apabila balik ke rumah, dan saya perlu mengajar satu persatu apa yang ada di dalam buku.
Verbatimly!
Mujurlah ada Ummu Saif.
Dialah yang sabar mengajar anak-anak. Walaupun dengan marah dan selalu juga jadi tertekan, dia terus mengajar dan mengajar. Mungkin isteri saya kecewa kerana saya tidak berada di paras yang sama dengannya dalam mengendalikan latihan tubi untuk anak-anak. Saya juga tidak punya apa-apa alasan untuk mempertahankan diri.
Saya mengalah.
ISU YANG LEBIH BESAR
Silibus Pendidikan Anak-Anak
Pembinaan Akhlak
Asas pertama : Adab (Sopan-santun)
Asas kedua : Jujur
Asas ketiga : Menjaga rahsia
Asas Keemapat : Amanah
Asas Kelima : Lapang dada dan tidak dengki
Pembinaan Perasaan
Asas pertama : Kucupan dan kasih sayag kepada anak
Asas kedua : Bermain dan bercanda dengan anak
Asas ketiga : Memberi hadiah dan saguhati kepada anak
Asas Keempat : Membelai kepala anak
Asas kelima : Menyambut anak dengan baik
Asas keenam : Mengambil tahu keadaan anak dan menanyakannya
Asas ketujuh : Perhatian dan jagaan khusus kepada anak perempuan dan
anak yatim
Asas kelapan : Seimbang(adil) dalam memberikan kecintaan kepada
anak tanpa berlebihan dan pengabaian.
Pembinaan Keilmuan dan Pemikiran
Asas pertama : Menanamkan kecintaan kepada ilmu dan adab-adabnya
kepada anak.
Asas kedua : Memberikan tugas menghafaz sebahagian dari ayat-ayat al-
Quran dan hadith.
Asas Ketiga : Memilihkan guru dan sekolah yang baik bagi anak
Asas keempat : Mengajarkan bahasa arab kepada anak
Asas Kelima : Mengajarkan bahasa asing kepada anak
Asas keenam : Membimbing anak sesuai dengan kecenderungan ilmiahnya
Asas Ketujuh : Perpustakaan Rumah dan pengaruhnya bagi pembinaan
keilmuan anak.
Asas kelapan : Kisah para ulama salafus soleh dalam menuntut ilmu kecil
Pembinaan Dorongan Syahwat
Asas pertama : Anak harus minta izin bila hendak masuk ke bilik Ibubapa
Asas kedua : Membiasakan anak agar menundukkan pandangan dan
memelihara aurat.
Asas ketiga : Memisahkan tempat tidur anak dengan saudaranya.
Asas Keempat : Tidur dengan berbaring di sisi kanan dan tidak tidur
telungkup
Asas Kelima : menjauhkan anak dari bergaul dengan lawan jenis
Asasa Keenam : Anak mulai dewasa harus belajar kewajipan-kewajipan
mandi dan sunah-sunahnya.
Asas Ketujuh : Menjelaskan bahagian awal surah an-nur kepada anak yang
mulai dewasa
Asas Kelapan : Pendidikan seks bagi anak yang sudah dewasa dan
melarang berbuat kekejian (zina).
Asas Kesembilan : Pernikahan awal
Kaedah-kaedah mendidik anak menurut nabi saw
Asas-asas kaedah yang harus dipengangi oleh kedua ibubapa dan para pendidik
1. Keteladan yang baik
2. Waktu yang tepat memberikan bimbingan
3. Bersikap adil dan sama terhadap sesama anak.
4. Memenuhi hak-hak anak
5. Mendoakan anak
6. Membelikan alat permainan untuk anak
7. Membantu anak untuk berbuat baik dan patuh.
8. Menjauhi banyak mencela.
Asas-asas kaedah pemikiran yang berpengaruh terhadap pemikiran anak
- Membawakan kisah
- Bercakap secara langsung
- Bercakap kepada anak sesuai mengikut kemampuan akalnya.
- Perbincangan yang dingin
- Kaedah pengalaman praktis
- Mengajarkan keperibadian nabi untuk diteladani.
Tidurlah Sayang

“Tadi masa Abi dengan Ummi balik dari kedai, kami nampak biawak melintas jalan” saya mengomel.
“Biawak itu apa?” tanya Naurah.
“Biawak itu macam cicak tetapi lebih besar. Macam buaya tetapi badan lebih licin” jawab saya.
“Eee, gelinya” kata Naurah lagi.
“Biawak suka makan apa?” saya menambah soalan.
“Makan apa, Abi?” Saiful Islam bertanya.
“Makan ayamlah. Biawak suka makan ayam. Kalau ayam hilang, sama ada biawak atau pun ular sawa yang makan” saya menambah lagi.
“Tapi Yop pun suka makan ayam!” kata Saiful Islam.
“Bagus kalau suka makan ayam. Banyak khasiat. Tapi kalau makan banyak sangat, nanti berebut dengan biawak dan ular sawa. Allah jadikan manusia makan ayam, makan sayur, makan ikan, makan roti. Tak bolehlah makan ayam sahaja seperti biawak” saya mengusik.
Belum sempat soalan saya itu dijawab, anak-anak sudah terlelap. Jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Saya menjenguk pula Imad yang sudah lebih awal tidur di bilik.
Ummu Saif bertugas shif malam hingga ke pagi esok. Malam ini giliran saya untuk menjaga anak-anak di rumah.
BELAJAR DARI PENGALAMAN
Semasa bermastautin di negara Barat, ada banyak perkara yang saya perhati dan kemudiannya menjadi pelajaran buat diri. Saya selalu berasa teruja apabila berinteraksi dengan anak-anak Irisih yang datang berkunjung ke masjid. Ramai dari kalangan mereka mempunyai budi bahasa yang baik dan tertib semasa masuk ke masjid. Hingga terdetik di hati saya, bagaimanakah cara ibu bapa mereka mendidik anak-anak ini?
Saya yakin, tidak ada cacat dan kurangnya pada Islam. Tetapi mengapa sebagai Muslim, ada kalanya budi bahasa dan ketertiban diri anak-anak itu sukar untuk dicari?
Tanpa Islam, bagaimana mereka mendidik anak-anak dengan nilai yang murni?
Ada sesuatu di sana.

Sebagaimana ibu bapa kita tidak bertolak ansur dalam memastikan anak-anak mereka belajar bersolat, begitu jugalah komitmen ibu bapa mereka yang tidak bertolak ansur dalam memastikan anak-anak DITEMAN KE TIDUR DENGAN CERITA.
Biar sesibuk mana sekali pun ibu dan bapa, salah seorang akan memastikan anak-anak diteman ke pertiduran mereka dengan cerita. Malah jika kedua-dua tidak dapat melakukannya sendiri, baby sitter yang diupah juga dipesankan perkara yang sama.
MINTA DITEMAN UNTUK AMAN
The Amazing Child
Salam. Berikut adalah list VCD terbaru di kedai.dakwah.info Banyak lagi terdapat di laman utama kedai.dakwah.info Order sekarang sementara stock masih ada.
Mendidik Anak Berfikir
Sumber : Saifulislam.com
“Itu pokok apa?” saya bertanya.
“Tak tahu,” jawab anak-anak.
“Itulah pokok durian,” saya menerangkan.
Mereka mengangguk-angguk. Sambil itu separuh badan masih seronok berendam di dalam sungai.
“Itu pokok apa?” saya bertanya lagi.
“Tak tahu,” jawab anak-anak lagi.
“Itulah pokok cili,” saya memberitahu.
“Pedas!” kata Naurah.
Pokok cili di sebelah pokok durian… menarik.
Walaupun pokok cili tumbuh di sebelah pokok durian, dan kedua-duanya menyedut zat galian daripada tanah yang sama, satu pokok buahnya pedas, satu pokok lagi buahnya lemak manis. Malah tidak pula durian menjadi pedas kerana duduk sebelah pokok cili. Kalau tidak, mudah juga nak buat sambal tempoyak!
Itulah kebesaran Allah.
Kalau lima orang chef diberikan sepuluh bahan yang sama dan masing-masing diminta mencipta resepi masakan, pasti sahaja rasa masakan itu tidak banyak bezanya. Tidak mungkin seorang menghasilkan gulai lemak pisang manakala seorang lagi membakar kek pisang.
Tetapi tidak dengan hasil kerja Allah Subhanahu wa Taala.
Lima batang pokok tumbuh di atas tanah yang sama. Pokok cili menghasilkan buah yang pedas, pokok durian menghasilkan buah yang lemak manis, manakala buluh menghasilkan batang yang miang, jering mengeluarkan buah yang kelat dan pokok kelapa menghasilkan buah yang luar biasa kegunaannya.
“Allah hebat, kan?” saya menyudahkan ngomelan di pagi itu.
Anak-anak mengangguk. Entahkan faham entahkan tidak. Tetapi saya perlu memulakannya.
Mendidik anak berfikir.

ALAM DAN MANUSIA




Recent Comments